Tuesday, April 18, 2017

Kenapa Vitamin Penting Untuk IBU MENGANDUNG

Assalamualaikum semua

Hari ni Kak La nak share sesuatu la.. Sejak dua menjak ni Kak La ada jumpa banyak soalan mengenai makanan tambahan atau amalan mengambil vitamin semasa pregnant. Kak La pernah mengandung dan melahirkan 3 orang anak.. Allah... macam2 pengalaman yang ada. Yang sedang mengandung sekarang ni, Kak La ucapkan tahniah. Mesti berdebar2 kan?


So kenapa penting sangat kita ambik vitamin semasa mengandung ya? Ha... ni la Kak La nak share, mesti awak2 suka kan?kan?

Sekarang ni banyak kes yang kita dengar mengenai ibu mengadung ataupun bayi yang baru dilahirkan. Mungkin kita tidak titik beratkan sangat mengenai Vitamin Asas ni. Tapi bagi Kak La ianya sangat penting. Benda pertama yang Kak La tengok adalah HB. Ha... cer belek buku pink awak, berapa nilai HB?


Gambar: Sumber Internet

Terus terang, bacaan HB Kak La tak tinggi.. memang cukup2 makan je hehehe masa mengandung sulung lah, Kak La selalu kena marah ngan misi, sebab HB cukup2 makan. Tapi Alhamdulillah sejak amalkan Vitalea secara konsisten, HB memang bacaan baik punya... Kalau korang nak tau, Kak La memang ada history darah rendah. so bacaan HB memang la kritikal. Dalam Vitalea ada Iron(Zat Besi). Kandungan ini lah yang boleh menaikkan baccan HB kita.

Kenapa pentingnya Vitamin pada ibu mengandung?

Zat Besi

Kalau kita mengandung, kita memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri kita sendiri dan juga tumbesaran baby dalam kandungan kita tau... Kekurangan zat besi ni boleh menyebabkan badan kita LETIH, LEMAH, BERDEBAR, SAKIT DADA, SUKAR NAK BERNAFAS dan ANEMIA.


Asid Folik

Asid Folik ni adalah satu vitamin dalam kumpulan B. Kalau nak tau, asid folik ni wujud secara semulajadi sebagai folat yang boleh dijumpai di dalam kekacang, sayuran hijau, buah-buahan dan juga yis. Dah kenapa pulak ibu mengandung kena amalkan asid folik? Ibu2 memerlukan 400mcg asid folik setiap hari. Asid folik ni menyokong :

  • Sistem saraf sihat
  • Penghasilan hormon dan sel2 darah merah
  • Penghasilan tenaga
Soalan ni Kak La selalu je dapat 
Bahaya ke ibu mengandung tidak ambil Asid Folik? Makan asid folik baby saya jadi besar ke?

Adik2 Kakak2... Cer cari dalam internet ye sayang2 semua... Risiko kekurangan asid folik. Kak La memang gerun nak cerita. Tambah2 lagi kalau yang tanya tu sedang mengandung.. "Ya Allah...Kami berlindung dengan Allah daripada perkara buruk tersebut menimpa kami"

Vitamin C

Ibu mengandung perlu mengambil vitamin C dimana vitamin ini akan mempercepatkan penyerapan zat besi untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah ye. Selain itu, ia juga menghasilkan kolagen bagi membina tulang rawan, otot-oto dan tulang-tulang baby dalam kandungan kita, Vitamin C ni juga membantu kita untuk menguatkan sistem imun tubuh badan kita. Jadi boleh lah mengelakkan diri kita dari mudah kena jangkitan selesema dan demam. Selain itu, Vitamin C ni bagus juga untuk menjadikan kulit bayi halus mulus dan lembut seperti kulit Alesha Azzahra saya.. muah muah Ibu sayang Alesha.. hehehe bukan tu je, Vitamin C juga mnenguatkan imun sistem bayi sejak dalam kandungan lagi..


OK tu je perkongsian Kak La untuk hari ni. Moga bertemu lagi ya dalam entry akan datang..

Berminat nak mencuba set Kehamilan Shaklee?

Jika berminat untuk membeli terus dari Shaklee boleh klik gambar di bawah ni ye.. Pembelian ni boleh menggunakan kad debit atau kad kredit anda...

Jika anda ingin membeli dengan harga yang lagi murah, bolehlah menjadi ahli Shaklee.. Jom isi borang DISINI.. Nanti Shiela akan call/sms/whatsapp anda....


Untuk info & order:
Shaklee Independent Distributor
ID 927736
sms/whatsapp: 012-9080301
Jemput lawat Page FB kami : Kesihatan Sekeluarga
**Pengedar Shaklee Tanah Merah/Pasir Mas/Machang/Kota Bharu**