Monday, October 14, 2013

PAHALA IBU MENYUSU DAN MEMELIHARA ANAK


ALHAMDULILLAH.. Amzar Affan dah masuk 16bulan dan masih lg menyusu dengan saya.. Syukur sangat.. 

PAHALA MEYUSUKAN ANAK


Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat- malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

PAHALA MEMELIHARA ANAK


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.


Untuk info & order:
Shaklee Independent Distributor
ID 927736
sms/whatsapp: 012-9080301
Jemput lawat Page FB kami : Kesihatan Sekeluarga
**Pengedar Shaklee Kelantan (Tanah Merah/Pasir Mas/Machang/Kota Bharu/Jeli)**

ELAK DARAH TINGGI

Kita disogok dgn fakta palsu... Ambik garam lbh blh kena drh tinggi..

Back to cara hidup nabi... Sblm mkn nabi letak secubit garam di lidah utk elak santau dan tapis mknn yg akn di mkn... Sampai di tempat baru...nabi ambik grm dlu utk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru...

Utk ubat penyakit rohani.. Air perlu di campur garam terutama sihir dan santau...knp? Allah dh cipta garam adalah penarik toksid/asid/racun dlm darah atau tubuh dan jga penarik unsur2 negatif.

Pengamal Perubatan Islam utk bersih rumh atau pagar, rumah perlu tabur garam di sekeliling umah. Garam juga unsur yg blh balance balik sistem tubuh kita...ini sunnah kita... 

Yang paling PENTING, garam blh jd rosak apabila dimasak atau bertindakbls dgn suhu tinggi atau panas.. mksdnya klu nk masak... Guna grm bukit dan jgn bubuh gara, masa mknn gelegak ats dapur.tutup api dan biar suhu turun dulu.baru letak garam...kita panggil bubuh grm atas darat mcm org arab buat... Bubuh grm masa nak mkn. Sbb?grm ada sodium dan potassium... 

Tubuh perlu potassium lbh..klu pns grm hnya tinggal sodium.potassium rosak dlm suhu panas.sbb tu kena darah tinggi. Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dn dletakkn ke lidah bhgian depan. Ianya akn mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman. Wallahu'alam.

KEPERLUAN VITAMIN UNTUK LEBIH SIHAT


Kita tidak mengamalkan makanan seimbang, berzat dan dalam jumlah yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan. Badan menjadi lemah lesu, kurang ber tenaga dan mudah letih dan penyakit menjadi masalah kepada kesihatan jika kekurangan zat dan vitamin berterusan.
Oleh itu mengamalkan supplement dan vitamin mencukupkan keperluan zat harian selain dari makanan yang di makan setiap hari sebagai pencegahan kepada penyakit , letih lesu dan masalah kesihatan apabila usia meningkat tua.
Sesetengah orang pula perlu zat tertentu untuk keperluan harian. Mereka termasuk yang mengandung, yang kerap makan ubat tahan sakit (sakit urat atau sendi), perokok, mereka yang aktif secara fizikal dan yang berumur lanjut.
Berikut adalah cadangan tambahan zat , supplement dan vitamin yang dicadangkan diambil bersama dengan makanan harian.
  1. Ambil sekurang-kurang 2 vitamin anti oksidan. Anti oksidan menolong meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh , penyebab kepada penyakit kronik. Vitamin C (250-500mg) dan vitamin E (200-400 iu) sehari boleh membantu mengawal radikal bebas. Selain dari kesan keatas radikal bebas, vitamin C dan E juga membantu dalam melindungi dari penyakit jantung, kanser tertentu dan katarak.
    Memakan buah dan sayuran setiap hari boleh membekalkan vitamin C secukupnya tetapi vitamin E sukar di perolehi dari makanan harian dengan cukup.
  2. Tambah kalsium setiap hari.
    Kurang pengambilan hasil tenusu mengurangkan bekalan kalsium untuk keperluan harian. Supplement kalsium setiap hari memastikan tulang tidak mudah rapuh dan patah apabila umur semakin meningkat terutamannya untuk perempuan.
    Pengambilan untuk perempuan lebih baik dimulakan sebelum putus haid untuk memastikan bekalan kalsium cukup.
  3. Perempuan dalam umur boleh mengandung mengambil Folate.
    Folate 400 ug mengurangkan risiko spina bifida dan kecacatan lain bagi bayi dalam kandungan. Ia juga melindungi kepada kanser pangkal rahim dan kanser colorectal dan paru-paru. Folate boleh melindungi dari penyakit jantung.
  4. Umur tua dan yang kurang makanan seimbang.
    Kebanyakan orang tua dan mereka yang kurang memberi tumpuan kepada makanan seimbang amat digalakkan mengambil vitamin dan supplement. Masalah resapan nutrient didalam usus tidaklah sebaik orang muda dan kecekapan badan untuk memproses nutrient juga kurang.
    Kekurangan zat yang ketara pada yang berumur adalah vitamin C , D , B6 , B12 dan folate. Kekurangan ini termasuk juga pada mineral seperti Zink , Magnesium dan Kalsium boleh menjadi masalah kesihatan jika kurang didalam badan orang tua yang sememangnya kurang kandungan makanan nya.
  5. Lain- lain kumpulan yang perlu mengambil tambahan zat dan vitamin.
    Perempuan yang masih datang darah kotor (perlu zat besi tambahan) , yang hanya makan sayuran (vegetarian perlu tambahan vitamin B12 ) , yang sengaja kurang makan (mengamalkan diet) atau makanan kurang seimbang digalakkan mengambil tambahan supplement , vitamin dan mineral.
Elakkan mengambil vitamin dalam dos yang terlalu tinggi kerana sesetengahnya ( terutama vitamin A dan D ) adalah tosik jika diambil berlebihan.

Berikut antara kepentingan zat vitamin dan mineral dan jumlah yang perlu diambil setiap hari.
Beta carotene
Mengurangkan kesan radikal bebas. Mengurangkan risiko sesetengah kanser dan penyakit arteri koronari.
5 -6 mg sehari
Vitamin A
Penting untuk mata, kulit dan membran mukosa yang sihat. Boleh juga melindungi terdapat kanser tertentu.
4000 iu untuk perempuan
8000 iu untuk lelaki
Vitamin C
Menjaga gusi dan gigi sihat. Membantu dalam pembaikan tissue dalam badan , penyembuhan luka dan resapan zat besi dalam usus. Boleh mengurangkan risiko sesetengah kanser, penyakit arteri koronari jantung dan katarak.
250 – 500 mg sehari
Vitamin E
Mengurangkan kesan radikal bebas, membantu pembentukan sel darah merah. Boleh mengurangkan risiko sesetengah kanser, penyakit arteri koronari jantung , katarak dan menambah imuniti.
200 – 400 iu sehari
Folate
Penting dalam tumbesaran dan metabolisma protein. Mengurangkan risiko cacat anak dalam kandungan. Boleh mengurangkan risiko kanser serviks dan usus besar.
400 ug
Kalsium
Membina dan mengekalkan kekuatan gigi dan tulang. Membantu jantung berfungsi dengan baik. Mengurangkan risiko darah tinggi.
1000 mg sehari untuk dewasa
1200-1500 sehari untuk perempuan >50 tahun dan lelaki >65 tahun
Zat Besi
Penting untuk pembentukan haemoglobin (dalam darah) dan myoglobin (dalam otot). Penting dalam fungsi enzim dan protein dalam badan. Vitamin C penting untuk resapan yang baik.
10 mg sehari

SET BERPANTANG SHAKLEE

ANDA MEMPUNYAI SEJARAH BAYI JAUNDICE/KUNING? MEMERLUKAN / MENCARI SET BERPANTANG YANG BOLEH DIAMBIL SEJURUS SELEPAS BERSALIN? INGIN MENYUSUKAN BAYI SECARA EKSKLUSIF? INGIN MULA MEMBUAT STOK SUSU IBU KETIKA MASIH BERPANTANG?

JAMU MODEN UNTUK IBU


SET BERPANTANG SHAKLEE adalah jawapan yang PALING TEPAT untuk anda! Set 'jamu moden' ini dijamin halal, selamat untuk ibu & bayi serta pelaburan yang berbaloi-baloi untuk ibu & bayi!

Kebaikan & kelebihan SET BERPANTANG SHAKLEE ini adalah:

[✔] Boleh diambil sejurus selepas bersalin normal/pembedahan.
[✔] Boleh diambil walaupun bayi menghidapi jaundice/kuning.
[✔] Mengekalkan kesihatan & kecergasan badan ibu.
[✔] Mengurangkan rasa mengantuk terutama ketika menyusukan bayi.
[✔] Menambah kuantiti & kualiti susu ibu.
[✔] Menjadikan breast lebih cepat penuh selepas bayi menyusu.
[✔] Menjadikan bayi cepat kenyang & tidur lena.
[✔] Membantu ibu menurunkan berat badan.
[✔] Mempercepatkan penyembuhan luka bersalin & stretch marks.
[✔] Sangat sesuai bagi ibu-ibu yang terpaksa berpantang sendiri tanpa bantuan ibu/pembantu

MAKANAN SELEPAS PEMBEDAHAN DAN KESUBURAN


1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunity untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.

2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir , baca quran 4-5 muka setiap hari.
Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap2 beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan2 organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.

3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll.

Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung - donut, kueh2, ice krim , chocolat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

4. Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah2 dan sayur2. Makan lebih buah2 tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dll.
Saya galakkan makan ulam2 , sayur2 bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.

5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.

6. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.

7. Makanan selingan (tea dan coffee break) - jauhkan makanan bergula dan karbohadret. Makan buah2 atau segenggan campuran kacang2 almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

8. Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain2 jenis carbohydrate

9. Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.
Atau buat rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .
Gantikan nasi putih kepada brown rice.

10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 100mg, vit E 400 IU.Makan juga goji beri, lain2 jenis berries, spirulina, rumpai laut


Boleh like page sy di FB ---> Kesihatan Sekeluarga
SMS / WHATSAPP ---> 012-9080301

Tuesday, September 10, 2013

PESAKIT GASTRIK

Assalamualaikum semua!

Entri ni khas untuk kawan saya yang ada penyakit gastrik yang agak serius.. kesian lak eh... Jom jenguk2 skit...


Apa punca gastrik ni ye?


Secara umumnya, ada 4 punca utama gastrik:



1. Gemar mengambil makanan yang pedas - apatah lagi yang suka menelan biji cili! Makanan yang pedas sukar diproses oleh perut. Ia juga menyebabkan perut untuk merembeskan asid dengan lebih banyak untuk mencernakan makanan tersebut....

2. Asam / asam masin - Asam adalah makanan yang berasid. Sesetengah orang gemar menjadikan asam masin sebagai jajan / kuluman apabila terasa mengantuk sewaktu di pejabat, ketika memandu dan sebagainya. Kandungan asis yang tinggi merangsang perut untuk turut mengeluarkan asid dengan lebih banyak.

3. Makanan berlemak/ berminyak - Kebanyakan masakan di Malaysia adalah terdiri daripada kategori ini. Contohnya lauk bertumis, makanan pedas ataupun sambal. Makanan yang berlemak & berminyak adalah sangat sukar untuk dihadam, justeru menjadi salah satu daripada punca gastrik.

4. Tekanan / Stress - Walaupun ia tidak dilihat 'berkadar terus', namun orang yang stress kebiasaannya akan makan dengan banyak, kerana kononnya makanan boleh menghilangkan stress yang mereka tanggung.  Akibatnya, perut akan merembeskan asid dengan lebih banyak secara tidak langsung kita akan jadi cepat lapar. (Hahahaha ini ke punca utama nya wahai kawan?)


Apa yang boleh anda lakukan?

1. Elakkan makanan yang pedas, berminyak, berlemak atau mengandungi asid yang tinggi seperti daging lembu, burger, sosej, makanan bergoreng seperti nugget, kentang goreng dan sebagainya.

2. Elakkan meminum minuman yang terlalu masam seperti air asam boi atau jus oren yang terlalu masam.

3. Makan makanan yang mengenyangkan untuk tempoh yang panjang seperti oat, gandum, muesli atau cornflakes sewaktu pagi. Ini akan membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama pada siang hari.

4. Ambillah salah satu SET GASTRIK SHAKLEE yang bersesuaian dengan budget anda. Secara umumnya, Set-set Gastrik ini boleh membantu anda merasa kenyang dengan lebih lama, mengurangkan pengeluaran asid oleh perut serta membantu usus agar tidak pedih. Set ini mengandungi:


 ESP - ESP merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya yang tinggi sifat alkalinya. yang dapat meneutralkan keasidan dalam perut.Di samping itu, nutrien protein yang ada dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.  ESP mampu 'melapik' perut anda agar kenyang dalam jangkamasa yang lama.



 Peppermint Ginger Plus - Peppermint ni mempunyai herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut serta membuang angin di dalam badan. Membantu pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi.





 Ostematrix - merupakan supplemen Shaklee untuk kalsium serta mengandungi magnesium dan Vitamin D. Pesakit gastrik disarankan mengambil susu atau kalsium kerana ia bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid yang telah memasuki asofagus serta menyebabkan pedih ulu hati. Hum....cer tengok ubat kapur kat hospital tu, pn ada kalsium gak.. So better ambik ostematrix yang memang daripada sumber semulajadi kan.. Dok gitu?Kapur? Of cos ler sintetik maaa....



JOM TENGOK TESTIMONI TERDEKAT SAYA... ABANG IPAR SENDIRI NIH...






Monday, September 9, 2013