Monday, October 21, 2013

Langkah-langkah buang toksin


Sebenarnya toksin ni mcm racun..racun kalau tak dibuang boleh memudaratkan..

tapi racun dalam badan ni taklah sampai bawa maut..kalau bawa maut ramailah manusia yg dah mati kan..tapi kalau x dirawat pun boleh datang penyakit lain...

"Dah tu Kak La, macam mana boleh ada toksin ni..emm..."
Masa sekolah dulu kan cikgu sains dh bagitau..x ingat la tu...(dh nak kena buka buku sains la pulak kan)..


Jangan risau. Boleh tengok post Kak La yang ni
Tanda-tanda Badan Ada Toksin

Sekarang Kak La bagitau tips macam mana nak buang toksin dlm badan dgn cara yg paling mudah dan jimat..

Pernah dengar detoksifikasi?

Detoksifikasi atau lebih disebut sebagai pembuangan racun dari dalam tubuh..

Antara langkah-langkah mudah utk buang toksin ni ialah

1- AMBIL AIR PUTIH SECUKUPNYA

Minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari supaya proses pembuangan racun-racun yg terkumpul didalam tubuh dapat dibuang dengan lebih cepat dan mudah. Tubuh amat memerlukan penyerapan air yg cukup terutama organ ginjal yang aktif. Melalui pengambilan air putih,ia akan mengaktifkan fungsi ginjal sehingga banyak racun yang akan dibuang melalui urin..Kalau dgn penggunaan supplement shaklee....pengambilan Herb-Lax amat membantu pengeluaran toksin dalam badan dengan lebih berkesan..

2- MAKAN BUAH-BUAHAN
Buah-buahan pada umumnya berperanan penting dlm proses detoksifikasi semulajadi. Buah dan sayur ni, selain mengandungi banyak vitamin,ia juga mengandungi serat. Serat ini mengikat zat-zat yg tidak diperlukan oleh tubuh dan seterusnya membuangnya melalui tinja. Jadi makanlah buah-buahan yg banyak serat seperti jus oren, sayur hijau, brokoli, strawberi, atau lain2 yang banyak serat.

3-SENAMAN
Selain dapat melancarkan peredaran darah, senaman juga boleh jadi cara yang berkesan utk mengeluarkan peluh. Hal tersebut merupakan salah satu cara tubuh utk mengeluarkan zat yang tidak berguna melalui kulit. Kak La suka aerobik hehehehe

4- ISTIREHAT YG CUKUP

Ha ni penting kikikiki Istirehat yang cukup boleh membantu organ-organ tubuh untuk sama berehat dan menghasilkan sel-sel di dalam tubuh utk berkembang. Tanpa istirehat yg mencukupi, racun-racun di dalam tubuh semakin banyak. Hal ini seterusnya boleh memudaratkan keadaan organ yang berfungsi utk mengeluarkan racun dari dalam tubuh seperti ginjal dan hati. Kena cukup rehat tau...


Jom Detox semulajadi dengan produk Shaklee. Boleh guna Herb-lax, Alfafa atau DTX Complex. Murah jer, Cer tanya Kak La.. hihihihi



Jika berminat untuk membeli terus dari Shaklee boleh klik gambar di bawah ni ye.. Pembelian ni boleh menggunakan kad debit atau kad kredit anda...
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=8af91fbc807c6d7fca3b5a49143b896e


Jika anda ingin membeli dengan harga yang lagi murah, bolehlah menjadi ahli Shaklee.. Jom isi borang DISINI.. Nanti Shiela akan call/sms/whatsapp anda....




Untuk info & order:
Shaklee Independent Distributor
ID 927736
sms/whatsapp: 012-9080301
Jemput lawat Page FB kami : Kesihatan Sekeluarga
**Pengedar Shaklee Tanah Merah/Pasir Mas/Machang/Kota Bharu**



Tanda-tanda Toksin

"Toksin yang menyerap ke dalam darah merupakan faktor utama kepada pelbagai jenis penyakit atau sakit pada tubuh badan manusia."

Mengikut konsep dan teori penyembuhan semulajadi bahawa, faktor utama yang menyebabkan organ-organ dan tubuh mengidap pelbagai jenis penyakit ialah kerana toksin atau racun dalam badan. Hakikatnya, jenis atau nama sesuatu penyakit yang dialami adalah ditentukan oleh kerosakkan yang disebabkan oleh toksin tersebut.

Apakah Toksin?


Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran. Antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian.

Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya.

Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.


Kesan Mudarat Toksin Kepada Tubuh? 


Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping itu, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain.

Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah :

1) Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel dan lain-lain.

2) Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul di pelbagai tisu badan.

3) Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi demam.

4) Penyakit Jantung Dan Tekanan Darah Tinggi
Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping itu, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.

5) Alergi, Asma, Pundi Hempudu Dan Karang, Pengerasan Saluran Darah, Sakit Sendi dan Sengal-Sengal Tulang, Sembelit, Perut Kembung, Barah Payudara, Kemerosotan Daya Seksual

Oleh itu, langkah awalan untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan menyingkirkan toksin dan tidak semata-semata mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja.

Tanda-tanda toksin dalam badan :



~Kerap sakit kepala 
~Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab 
~Susah bangun tidur 
~Bahagian keliling mata gelap 
~Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit 
~Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi 
~Sinus 
~Berat badan meningkat 
~Kehadiran selulit 
~Masalah jerawat dan banyak lagi




Sunday, October 20, 2013

JERAWAT????

Kenalpasti lokasi jerawat anda dan puncanya.
Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:



1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.

4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam

6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.


Jom elak jerawat.. Boleh gunakan ESP dan Vitamin E...Tambah lagi collagen utk menaikkan seri... + FREE Ahli...


Monday, October 14, 2013

PAHALA IBU MENYUSU DAN MEMELIHARA ANAK


ALHAMDULILLAH.. Amzar Affan dah masuk 16bulan dan masih lg menyusu dengan saya.. Syukur sangat.. 

PAHALA MEYUSUKAN ANAK


Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat- malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

PAHALA MEMELIHARA ANAK


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.


Untuk info & order:
Shaklee Independent Distributor
ID 927736
sms/whatsapp: 012-9080301
Jemput lawat Page FB kami : Kesihatan Sekeluarga
**Pengedar Shaklee Kelantan (Tanah Merah/Pasir Mas/Machang/Kota Bharu/Jeli)**

ELAK DARAH TINGGI

Kita disogok dgn fakta palsu... Ambik garam lbh blh kena drh tinggi..

Back to cara hidup nabi... Sblm mkn nabi letak secubit garam di lidah utk elak santau dan tapis mknn yg akn di mkn... Sampai di tempat baru...nabi ambik grm dlu utk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru...

Utk ubat penyakit rohani.. Air perlu di campur garam terutama sihir dan santau...knp? Allah dh cipta garam adalah penarik toksid/asid/racun dlm darah atau tubuh dan jga penarik unsur2 negatif.

Pengamal Perubatan Islam utk bersih rumh atau pagar, rumah perlu tabur garam di sekeliling umah. Garam juga unsur yg blh balance balik sistem tubuh kita...ini sunnah kita... 

Yang paling PENTING, garam blh jd rosak apabila dimasak atau bertindakbls dgn suhu tinggi atau panas.. mksdnya klu nk masak... Guna grm bukit dan jgn bubuh gara, masa mknn gelegak ats dapur.tutup api dan biar suhu turun dulu.baru letak garam...kita panggil bubuh grm atas darat mcm org arab buat... Bubuh grm masa nak mkn. Sbb?grm ada sodium dan potassium... 

Tubuh perlu potassium lbh..klu pns grm hnya tinggal sodium.potassium rosak dlm suhu panas.sbb tu kena darah tinggi. Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dn dletakkn ke lidah bhgian depan. Ianya akn mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman. Wallahu'alam.

KEPERLUAN VITAMIN UNTUK LEBIH SIHAT


Kita tidak mengamalkan makanan seimbang, berzat dan dalam jumlah yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan. Badan menjadi lemah lesu, kurang ber tenaga dan mudah letih dan penyakit menjadi masalah kepada kesihatan jika kekurangan zat dan vitamin berterusan.
Oleh itu mengamalkan supplement dan vitamin mencukupkan keperluan zat harian selain dari makanan yang di makan setiap hari sebagai pencegahan kepada penyakit , letih lesu dan masalah kesihatan apabila usia meningkat tua.
Sesetengah orang pula perlu zat tertentu untuk keperluan harian. Mereka termasuk yang mengandung, yang kerap makan ubat tahan sakit (sakit urat atau sendi), perokok, mereka yang aktif secara fizikal dan yang berumur lanjut.
Berikut adalah cadangan tambahan zat , supplement dan vitamin yang dicadangkan diambil bersama dengan makanan harian.
  1. Ambil sekurang-kurang 2 vitamin anti oksidan. Anti oksidan menolong meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh , penyebab kepada penyakit kronik. Vitamin C (250-500mg) dan vitamin E (200-400 iu) sehari boleh membantu mengawal radikal bebas. Selain dari kesan keatas radikal bebas, vitamin C dan E juga membantu dalam melindungi dari penyakit jantung, kanser tertentu dan katarak.
    Memakan buah dan sayuran setiap hari boleh membekalkan vitamin C secukupnya tetapi vitamin E sukar di perolehi dari makanan harian dengan cukup.
  2. Tambah kalsium setiap hari.
    Kurang pengambilan hasil tenusu mengurangkan bekalan kalsium untuk keperluan harian. Supplement kalsium setiap hari memastikan tulang tidak mudah rapuh dan patah apabila umur semakin meningkat terutamannya untuk perempuan.
    Pengambilan untuk perempuan lebih baik dimulakan sebelum putus haid untuk memastikan bekalan kalsium cukup.
  3. Perempuan dalam umur boleh mengandung mengambil Folate.
    Folate 400 ug mengurangkan risiko spina bifida dan kecacatan lain bagi bayi dalam kandungan. Ia juga melindungi kepada kanser pangkal rahim dan kanser colorectal dan paru-paru. Folate boleh melindungi dari penyakit jantung.
  4. Umur tua dan yang kurang makanan seimbang.
    Kebanyakan orang tua dan mereka yang kurang memberi tumpuan kepada makanan seimbang amat digalakkan mengambil vitamin dan supplement. Masalah resapan nutrient didalam usus tidaklah sebaik orang muda dan kecekapan badan untuk memproses nutrient juga kurang.
    Kekurangan zat yang ketara pada yang berumur adalah vitamin C , D , B6 , B12 dan folate. Kekurangan ini termasuk juga pada mineral seperti Zink , Magnesium dan Kalsium boleh menjadi masalah kesihatan jika kurang didalam badan orang tua yang sememangnya kurang kandungan makanan nya.
  5. Lain- lain kumpulan yang perlu mengambil tambahan zat dan vitamin.
    Perempuan yang masih datang darah kotor (perlu zat besi tambahan) , yang hanya makan sayuran (vegetarian perlu tambahan vitamin B12 ) , yang sengaja kurang makan (mengamalkan diet) atau makanan kurang seimbang digalakkan mengambil tambahan supplement , vitamin dan mineral.
Elakkan mengambil vitamin dalam dos yang terlalu tinggi kerana sesetengahnya ( terutama vitamin A dan D ) adalah tosik jika diambil berlebihan.

Berikut antara kepentingan zat vitamin dan mineral dan jumlah yang perlu diambil setiap hari.
Beta carotene
Mengurangkan kesan radikal bebas. Mengurangkan risiko sesetengah kanser dan penyakit arteri koronari.
5 -6 mg sehari
Vitamin A
Penting untuk mata, kulit dan membran mukosa yang sihat. Boleh juga melindungi terdapat kanser tertentu.
4000 iu untuk perempuan
8000 iu untuk lelaki
Vitamin C
Menjaga gusi dan gigi sihat. Membantu dalam pembaikan tissue dalam badan , penyembuhan luka dan resapan zat besi dalam usus. Boleh mengurangkan risiko sesetengah kanser, penyakit arteri koronari jantung dan katarak.
250 – 500 mg sehari
Vitamin E
Mengurangkan kesan radikal bebas, membantu pembentukan sel darah merah. Boleh mengurangkan risiko sesetengah kanser, penyakit arteri koronari jantung , katarak dan menambah imuniti.
200 – 400 iu sehari
Folate
Penting dalam tumbesaran dan metabolisma protein. Mengurangkan risiko cacat anak dalam kandungan. Boleh mengurangkan risiko kanser serviks dan usus besar.
400 ug
Kalsium
Membina dan mengekalkan kekuatan gigi dan tulang. Membantu jantung berfungsi dengan baik. Mengurangkan risiko darah tinggi.
1000 mg sehari untuk dewasa
1200-1500 sehari untuk perempuan >50 tahun dan lelaki >65 tahun
Zat Besi
Penting untuk pembentukan haemoglobin (dalam darah) dan myoglobin (dalam otot). Penting dalam fungsi enzim dan protein dalam badan. Vitamin C penting untuk resapan yang baik.
10 mg sehari

SET BERPANTANG SHAKLEE

ANDA MEMPUNYAI SEJARAH BAYI JAUNDICE/KUNING? MEMERLUKAN / MENCARI SET BERPANTANG YANG BOLEH DIAMBIL SEJURUS SELEPAS BERSALIN? INGIN MENYUSUKAN BAYI SECARA EKSKLUSIF? INGIN MULA MEMBUAT STOK SUSU IBU KETIKA MASIH BERPANTANG?

JAMU MODEN UNTUK IBU


SET BERPANTANG SHAKLEE adalah jawapan yang PALING TEPAT untuk anda! Set 'jamu moden' ini dijamin halal, selamat untuk ibu & bayi serta pelaburan yang berbaloi-baloi untuk ibu & bayi!

Kebaikan & kelebihan SET BERPANTANG SHAKLEE ini adalah:

[✔] Boleh diambil sejurus selepas bersalin normal/pembedahan.
[✔] Boleh diambil walaupun bayi menghidapi jaundice/kuning.
[✔] Mengekalkan kesihatan & kecergasan badan ibu.
[✔] Mengurangkan rasa mengantuk terutama ketika menyusukan bayi.
[✔] Menambah kuantiti & kualiti susu ibu.
[✔] Menjadikan breast lebih cepat penuh selepas bayi menyusu.
[✔] Menjadikan bayi cepat kenyang & tidur lena.
[✔] Membantu ibu menurunkan berat badan.
[✔] Mempercepatkan penyembuhan luka bersalin & stretch marks.
[✔] Sangat sesuai bagi ibu-ibu yang terpaksa berpantang sendiri tanpa bantuan ibu/pembantu

MAKANAN SELEPAS PEMBEDAHAN DAN KESUBURAN


1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunity untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.

2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir , baca quran 4-5 muka setiap hari.
Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap2 beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan2 organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.

3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll.

Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung - donut, kueh2, ice krim , chocolat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

4. Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah2 dan sayur2. Makan lebih buah2 tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dll.
Saya galakkan makan ulam2 , sayur2 bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.

5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.

6. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.

7. Makanan selingan (tea dan coffee break) - jauhkan makanan bergula dan karbohadret. Makan buah2 atau segenggan campuran kacang2 almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

8. Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain2 jenis carbohydrate

9. Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.
Atau buat rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .
Gantikan nasi putih kepada brown rice.

10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 100mg, vit E 400 IU.Makan juga goji beri, lain2 jenis berries, spirulina, rumpai laut


Boleh like page sy di FB ---> Kesihatan Sekeluarga
SMS / WHATSAPP ---> 012-9080301