Sunday, July 14, 2013

Solat Dhuha

Assalamualaikum..

Pagi ni nak share sesuatu yang bermanfaat untuk semua, Solat Dhuha.. Rezeki yang banyak dan melimpah ruah adalah dambaan untuk setiap insan kan.. Sering kita lihat, orang yang rezekinya melimpah luah, membelanjakan harta mereka ke jalan yang sesat. Ingat ye, kita selalu dinasihatkan supaya makan rezeki yang baik dan diredhai Allah.

Rezeki yang halal dan berkat bukan sahaja memberikan ketenteraman hati, malah dapat membawa kemuliaan di sisi Allah s.w.t. InsyaAllah kita dapat melaksanakannya dengan Solat Sunat Dhuha. Jom kita sama-sama amalkan...

Solat Dhuha solat yang berkait rapat dengan rezeki, samaada dipermudahkan rezeki, rezeki deberkati, kemanfaatan rezeki, dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah akan pintu khusus baginya memasuki syurga.

Waktu Dhuha

Dhuha bermaksud pagi dan ruang waktunya bermula 20 minit selepas terbit matahari dan berakhir sebelum Zohor. Jadi, senang kata, solat Dhuha ini antara 7.30 pagi hingga 1.00 tengahari. Mana ada alasan untuk tidak sempat.... Lama tuh...

Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w yang dirakamkan oleh Zaidbin Arqam, Rasulullah s.a.w menjelaskan :
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya "
Jadi, Imam Nawawi menerangkan bahawa waktu tersebut adalah daripada 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Cara Solat Dhuha

Jumlah rakaat adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara menunaikannya sama seperti solat sunat yang lain, dua rakaat satu salam.

Niat solat Dhuha :

Bacaan yang dianjurkan oleh Baginda s.a.w untuk solat Dhuha adalah Al-Fatihah dan surah Asy-Syam pada rakaat yang pertama. Kemudian Al-Fatihah dan Surah Ad-Dhuha pada rakaat yang kedua. 



Namun begitu, ia adalah sesuatu yang subjektif. Jadi tidak terikat. Apa yang penting adalah niat, syarat-syarat dipenuhi dan rukun-rukun dipatuhi.

Sesudah solat, maka bacalah doa ini :


Yang bermaksud :
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”
Alhamdulillah, anak saya yang berumur 4 tahun sudah menghafal doa ini. Yang istimewanya, Cikgu mengajar dalam bentuk lagu yang senang di hafal oleh kanak-kanak. Terima kasih kepada cikgu tadika Adwa Arman.




No comments:

Post a Comment